BD & UASA Bulk Filler (idMe · Pengurusan Pentaksiran) — Dibangunkan oleh Sakura
Tarikh kemas kini: 4 November 2026
Ringkasan ringkas: Extension ini TIDAK menghantar sebarang data anda atau data murid ke mana-mana pelayan luar. Semua pemprosesan berlaku sepenuhnya di dalam pelayar (browser) anda sendiri.
1. Apa yang extension ini lakukan
PBD & UASA Bulk Filler ialah alat automasi yang membantu guru mengisi data Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan markah Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) secara pukal di dalam aplikasi Pengurusan Pentaksiran, Sistem Pengurusan IDentiti (idMe), melalui sistem SPPB (moeissppb.moe.gov.my), berdasarkan fail Excel yang dimuat naik oleh pengguna atau data Tahap Penguasaan (TP) yang sedia wujud pada halaman tersebut. Extension juga boleh menjana fail Excel templat yang mengandungi nama murid kelas pengguna sendiri, atas klik pengguna.
2. Data yang diproses
Untuk menjalankan fungsinya, extension ini membaca dan memaparkan data berikut, semuanya di dalam pelayar anda sahaja:
- Nama murid, Tahap Penguasaan (TP), skor/markah Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA), Kemahiran (subjek Bahasa), Ulasan Guru, Intervensi, Usaha Murid
- Sumber: fail Excel yang dimuat naik oleh pengguna, atau dibaca terus dari halaman SPPB.
- Ke mana data ini pergi: dihantar terus ke sistem SPPB rasmi (moeissppb.moe.gov.my) melalui tindakan pengguna sendiri (isi borang), sama seperti pengguna mengisi secara manual. Extension TIDAK menghantar salinan data ini ke mana-mana pelayan lain.
- Senarai kelas dan nama murid milik guru sendiri
- Sumber: diambil daripada SPPB (halaman senarai kelas dan halaman kelas, domain yang sama) hanya apabila pengguna menekan butang "Templat kelas ini" atau "Templat semua kelas saya". Ini ialah permintaan baca (GET) sahaja.
- Ke mana data ini pergi: digunakan di dalam pelayar untuk menjana fail Excel templat yang dimuat turun ke peranti pengguna sendiri. Tidak disimpan oleh extension dan tidak dihantar ke mana-mana pelayan lain. Fail itu mengandungi nama murid sahaja (tiada no. KP).
- Status lesen (kunci lesen, status percubaan)
- Sumber: dimasukkan oleh pengguna.
- Ke mana data ini pergi: disimpan hanya dalam storan tempatan pelayar (chrome.storage.local) pada peranti pengguna sendiri. Tidak dihantar ke pelayan luar.
- Tetapan teks guru (pilihan) dan keadaan panel
- Sumber: ditaip oleh guru sendiri dalam dialog "Tetapan Usaha, Ulasan & Intervensi" (satu teks bagi setiap TP), serta pilihan panel kecil atau besar.
- Ke mana data ini pergi: disimpan hanya dalam storan tempatan pelayar (chrome.storage.local) pada peranti pengguna sendiri. Tidak dihantar ke pelayan luar. Teks itu hanya ditulis ke dalam borang SPPB apabila pengguna menekan butang isi.
- Kod Pengguna (ID akaun SPPB) dan nama pengguna SPPB
- Sumber: dibaca daripada halaman SPPB yang sedang dibuka dalam pelayar pengguna.
- Ke mana data ini pergi: digunakan di dalam pelayar sahaja untuk menyemak kunci lesen. Kod Pengguna dipaparkan dalam panel kepada pengguna. Hanya jika pengguna sendiri menekan butang beli, kod itu disertakan dalam mesej WhatsApp kepada penjual atas pilihan pengguna. Nama pengguna SPPB tidak dipaparkan, disimpan atau dihantar. Tiada apa dihantar secara automatik ke mana-mana pelayan.
3. Data yang TIDAK dikumpul
- Tiada analitik penggunaan (usage analytics) dikumpul
- Tiada penjejakan (tracking) merentasi laman web lain
- Tiada data peribadi dihantar ke pelayan pihak ketiga
- Tiada iklan dipaparkan
- Tiada maklumat kewangan/pembayaran dikendalikan oleh extension ini secara langsung. Pembayaran lesen dilakukan secara luaran melalui WhatsApp/DuitNow atas pilihan pengguna sendiri
4. Perkhidmatan pihak ketiga yang digunakan
- SheetJS (xlsx.js), dalam bentuk cabang xlsx-js-style — pustaka sumber terbuka (open-source) yang dibundel terus dalam extension untuk membaca dan menjana fail Excel. Ia berjalan sepenuhnya dalam pelayar dan tidak menghantar data ke mana-mana.