PBD Bulk Filler (idME · Pengurusan Pentaksiran) — Dibangunkan oleh SakuraTarikh kemas kini: 20 Julai 2026
Ringkasan ringkas: Extension ini TIDAK menghantar sebarang data anda atau data murid ke mana-mana pelayan luar. Semua pemprosesan berlaku sepenuhnya di dalam pelayar (browser) anda sendiri.
PBD Bulk Filler ialah alat automasi yang membantu guru mengisi data Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) secara pukal di dalam sistem SPPB (moeissppb.moe.gov.my), berdasarkan fail Excel yang dimuat naik oleh pengguna atau data Tahap Penguasaan (TP) yang sedia wujud pada halaman tersebut.
Untuk menjalankan fungsinya, extension ini membaca dan memaparkan data berikut, semuanya di dalam pelayar anda sahaja:
| Jenis Data | Sumber | Ke mana data ini pergi |
|---|---|---|
| Nama murid, Tahap Penguasaan (TP), Ulasan Guru, Intervensi, Usaha Murid | Fail Excel yang dimuat naik oleh pengguna, atau dibaca terus dari halaman SPPB | Dihantar terus ke sistem SPPB rasmi (moeissppb.moe.gov.my) melalui tindakan pengguna sendiri (isi borang) — SAMA seperti pengguna mengisi secara manual. Extension TIDAK menghantar salinan data ini ke mana-mana pelayan lain. |
| Status lesen (kunci lesen, status percubaan) | Dimasukkan oleh pengguna | Disimpan hanya dalam storan tempatan pelayar (chrome.storage.local) pada peranti pengguna sendiri. Tidak dihantar ke pelayan luar. |